1. Senaraikan 3 tugas pembimbing rakan sebaya .
- Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujukkan mereka kepada kaunselor pelajar di sekolah.
- Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis.
- Membantu pelajar mengalami masalah akademik melalai sistem mentor atau tutor sebaya.
2. Apakah PRS perlu buat apabila ada rasa untuk menolong rakan-rakan ?
Ini adalah langkah awal yang bertujuan untuk membina perhubungan yang mesra , saling mempercayai dan rasa selamat . Rakan akan sedia berbincang. Sekiranya PRS ternampak seorang pelajar dalam keadaan sedih , mungkin PRS boleh menegurnya seperti contoh di bawah ini :
PRS : Saya nampak Hafiez macam susah hati saja . Boleh saya bantu ?
- Menggalakan rakan bercakap
PRS perlu mampu menggalakan rakan bercakap dengan menggunkan soalan-soalan terbuka. Jika rakan sudah mahu bercakap , jadilah pendengar yang terbaik. Tujuannya adalah untuk mendapatkan gambaran lebih mendalam keadaan yang dialami.
PRS : Apa agaknya yang Hafiez nak bincangkan dengan saya ?
ATAU
PRS : Mungkin ada cerita di sebalik keadaan Hafiez. Hmm
Apabila rakan sedang bercakap , PRS harus mendengar dan memberi respon yang minimum seperti menganggukkan kepala , berkata ya , hmm , untuk menggalakan rakan bercakap.
Hafiez : Macam mana saya tidak sedih Man. Ibu bapa saya selalu bergaduh .
PRS : (Anggukkan kepala dengan rasa simpati)
- Menyatakan semula/Membuat rumusan
Setelah perbualan berlangsung beberapa ketika , PRS perlu bijak menyatakan semula/merumuskan semua untuk memastikan kebenaran keadaan atau menandakan kita mendengar apa yang dikatakan atau rakan kita menyedari apa yang dikatakan kepada kita .
PRS : Daripada apa yang saya dengar daripada Hafiez , saya faham bahawa Hafiez merasa bosan kerana ibu bapa selalu bergaduh sehinggakan Hafiez tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
3. Apakah kemahiran asas yang perlu dalam proses menolong ?
PRS boleh duduk berhadapan dengan rakan dalam keadaan yang selesa oleh kedua-dua pihak. PRS memberi perhatian sepenuhnya (Penuh Minat) kepada rakan yang sedang bercakap.
Perlu mendengar dengan teliti apa yang tersurat dan tersirat. Termasuklah mesej secara lisan dan bukan lisan.
Mesej tanpa lisan boleh di kenal pasti melalui gerak badan , mimik muka , nada suara dan pergerakan anggota badan.
Selepas rakan anda menyatakan keadaan dan meluahkan perasaan , PRS mengulas dan menjelaskan mesej
yang disampaikan untuk membantu pelajar untuk memahami situasi sebenar yang di hadapinya.