Pages

Sirih Berlipat Sirih Pinang,Sirih Melata Diperdu Cemara. Pemanis Kata Selamat Datang, Awal Bismillah Pembuka Bicara Assalamualaikum

Wednesday, 8 August 2012

Aktiviti Bulanan PRS

PROGRAM MEMPERINGATI SAHABAT

TARIKH : 16 JUN 2012

Senaman pagi :D



Chicken dance! :3




Semangat berpasukan

Sambutan harijadi ahli PRS

Mural yang dihasilkan oleh ahli PRS 

Sesi bersalaman semasa pengakhiran aktiviti.

Etika PRS dan Ikrar

ETIKA PRS

1. Amanah dan menyimpan rahsia.
2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
3. Tahu batasan dan keupayaan diri.
4. Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek.
5. Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tenteng
kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
6. Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan
Kaunseling.
7. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

IKRAR

Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan
teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS ) sesi 2012.
1. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta
amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan
2. Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
3. Berusaha menjadi pelajar contoh.
4. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
5. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS

Matlamat dan Objektif


                                                                     MATLAMAT

Meningkatkan prestasi akademik, membina sikap positif terhadap diri, orang lain, sekolah. Membina keyakinan diri, memperkukuhkan tingkah laku yang diterima masyarakat, berkemahiran memberi bimbingan kepada rakan sebaya serta berkemahiran menghadapi sebarang kesukaran seterusnya berkemahiran membantu menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengurus masa dan mampu menghadapi sebarang tekanan atau stress.


OBJEKTIF

  • Menolong mengurangkan masalah salah laku atau disiplin pelajar di sekolah.
  • Membina budaya kasih mesra dan bantu-membantu di kalangan pelajar dalam semua bidang.
  • Membina pelajar yang mempunyai keyakinan diri, nilai-nilai murni yang berasaskan kepercayaan kepada ALLAH S.W.T
  • Membuat persediaan dan perancangan hala tuju selepas alam persekolahan dan bersedia untuk menjadi seorang dewasa yang peka atau prihatin, bertimbang rasa, suka membantu atau menolong orang lain dalam banyak hal. InsyALLAH!


Tuesday, 7 August 2012

Visi Dan Misi

VISI

" To Be Smart Peers Qualified And Excellent in Academic and Leadership "


MISI
 5 'R' Peers Mision.

  • Relationship.
 Membina hubungan yang baik dengan rakan sebaya dan dapat mengenal pasti sebarang masalah yang dihadapi oleh rakan.
  • Respect
Menghormati rakan sebaya walaubagaimanapun keadaan dan permasalahan mereka.
  • Rational.
Menjadi pendengar dan memberi penjelasan serta dapat membantu pelajar menghadapi pelbagai  masalah samaada akademik, sahsiah, emosi dan kokurikulum.
  • Responsibility. 
Bertanggungjawab merujuk rakan yang bermasalah kepada kaunselor pelajar dengan persetujuan mereka.
  • Responsive
Menjadi teladan atau model kepada pelajar-pelajar lain serta menjadi penggerak kepada ahli-ahli PRS berdasarkan aktiviti-aktiviti sekolah.

    Sejarah Penubuhan PRS


    2.1.  Projek perintis di empat buah sekolah iaitu SMK(P) Sri Aman Petalang
    Jaya, SMK Aminuddinbaki ,Kuala Lumpur, SM Sains Selangor,
    Cheras Kuala Lumpur dan SMK (L) Bukit Bintang Petaling Jaya.
    Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan
    februari 1986 hingga bulan November 1986.
    2.2.  Laporan perkembangan latihan tersebut telah disampaikan kepada
    Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN-IAB
    sekarang). Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian
    Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Nor yang
    telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di
    beberapa buah sekolah lagi.
    2.3. Rentetan laporan tersebut satu Seminar/Bengkel PRS diadakan pada 19
    hingga 23 Januari 1987 yang dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah
    Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan
    Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah
    dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan.
    Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi
    elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program
    Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba diperingkat
    sekolah.
    2.4. IPPN (IAB) telah menerima peruntukan dari pinjaman Bank Dunia ke
    8 untuk menjalankan kursus pendek tiga bulan yang releven untuk
    Kementerian Pelajaran. Salah satu daripada kursus yang dicadangkan
    ialah Kursus Pengurusan dan Latihan untuk program PRS bagi
    menyedia dan melatih guru bimbingan dan kaunseling menjadi
    jurulatih peringkat negeri.

    2.5. Pada 9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal
    kurikulum kursus diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh
    Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah,
    Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan
    dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian
    Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.
    2.6. Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta
    terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang ), dan
    Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang ) telah mengikuti kursus
    tersebut. 33 orang peserta telah dianugerahkan sijil lulus dan
    disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan
    Haji Ahmad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abubakar dalam majlis
    Pembukaan Rasmi sempena pertukaran nama IPPN kepada Institut
    Aminuddin Baki (IAB) pada 20 Oktober 1988

    2.7. Jabatan Pelajaran Negeri telah giat meperkembangkan konsep ini
    dengan menggunakan tenaga jurulatih untuk menjalankan Kursus
    Teragih diperingkat negeri masing-masing.
    2.7.1 Pada 21 hingga 24 Ogos 1988 bengkel mengemaskini draf
    modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke
    semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan
    panduan.
    2.7.2 Pada 13 hingga 14 September 1988 mesyuarat menyelaras
    program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah
    dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di
    peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang
    sama iaitu
    · Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program
    PRS
    · Teknik tafsiran keperluan
    · Teknik-teknik latihan.
    · Teknik penilaian program
    · Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran
    kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling dan
    kemahiran lanjutan yang spesifik.
    · PRS dari perspektif Islam
    2.7.3 Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul