MATLAMAT
Meningkatkan prestasi akademik, membina sikap positif terhadap diri, orang lain, sekolah. Membina keyakinan diri, memperkukuhkan tingkah laku yang diterima masyarakat, berkemahiran memberi bimbingan kepada rakan sebaya serta berkemahiran menghadapi sebarang kesukaran seterusnya berkemahiran membantu menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengurus masa dan mampu menghadapi sebarang tekanan atau stress.
OBJEKTIF
- Menolong mengurangkan masalah salah laku atau disiplin pelajar di sekolah.
- Membina budaya kasih mesra dan bantu-membantu di kalangan pelajar dalam semua bidang.
- Membina pelajar yang mempunyai keyakinan diri, nilai-nilai murni yang berasaskan kepercayaan kepada ALLAH S.W.T
- Membuat persediaan dan perancangan hala tuju selepas alam persekolahan dan bersedia untuk menjadi seorang dewasa yang peka atau prihatin, bertimbang rasa, suka membantu atau menolong orang lain dalam banyak hal. InsyALLAH!
No comments:
Post a Comment
Sebarang pertanyaan , sila komen di kotak komen.. Diminta memberi kami sedikit masa untuk membalas setiap komen anda.. Terima Kasih :-)